Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Friday, 10 April 2009

Ucapan Ketua Kontijen Mafraq

MAFRAQ: MEMANTAPKAN GABUNGAN SPIRITUAL DAN ENERGI SEBAGAI PERSEMBAHAN TERBAIK

Sebagai mantiqoh yang ketiga teramai menghantar kontinjen pada KARISMA 09 pada kali ini, Mafraq sebagai adik bongsu yang kurang dari segi kuantiti atlit sejujurnya perlu mengalah kepada senior yang lebih hebat kemantapan mereka, namun bukan beerti semangat kesukanan itu turut dikalahkan, bahkan ketika melihat kepada kontinjen yang lebih handal atlit mereka, suntikan semangat terus terbius untuk kami melakukan yang terbaik pada KARISMA 09 kali ini. Berdepan dengan lawan yang terhebat bukan halangan utama kami, yang terpenting adalah semangat sepasukan (ukhuwwah) dan nilai kekuatan dan kesungguhan dalam permainan. Ibarat lidi yang sebatang tidak mampu untuk melakukan kerjanya, bahkan amat mudah dipatah-riukkan, namun bila diikat menjadi satu sebuah kereta pun mampu disapu. Kecil-kecil cili padi, kecil kami jangan disangka lemah, begitulah semangat yang kami pegang.

Peratusan kekuatan Mafraq dahulunya terletak pada kekuatan olahraga dan lebih tertumpu kepada lumba lari pecut 100 meter, apa pun kami dengan terbuka menerima bahawa pada tahun ini acara itu tidak lagi dipertandingkan. Tetapi bukan dengan ketiadaan acara emas itu menyebabkan kami akan menyerah kalah secara bulat-bulat, bahkan dalam acara sukan yang lain kami sedang dalam proses persiapan yang lebih teliti untuk memantapkan persembahan kami nanti. Yang paling utama, kami berjanji untuk memperbaiki semula rekod dan reputasi lama agar lebih baik daripada sesi lepas, serta membuktikan kuantiti bukan faktor utama dalam kejayaan tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kesungguhan.

Melihatkan kepada kekurangan kader-kader yang berbakat pada atlit kami pada sesi ini, sedikit sebanyak kesukaran itu terpaksa ditanggung oleh kami demi melihat kontinjen kami menang dan meraih kejayaan. Tetapi ianya tidak mengganggu sebarang persiapan untuk kami melakukan yang terbaik nanti. Walaupun pada pandangan kami kekuatan kami belum dapat menandingi kekuatan pada mantiqah-mantiqah lain, sekurang-kurangnya usaha dan tekad kami hanyalah untuk melakukan yang termampu dan terbaik pada KARISMA 09 nanti. Ukuran bukan pada bilangan tetapi pada kekuatan.

Semoga dengan kedatangan kita di sana dengan tujuan ukhuwwah ini dapat meniupkan lagi semangat kesukanan kita di samping mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin di antara mahasiswa seluruh jordan. Pastinya setiap mantiqah akan melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing, tetapi perlulah beringat-ingat, kita bersukan adalah untuk memberi kekuatan pada tubuh badan dan menyahut seruan agama, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk siapa yang paling handal sehingga berlaku insiden-inseiden yang melenyapkan nilai ukhuwwah nanti. Prinsip sukan dan ukhuwwah kedua-duanya perlu dijaga. Sekian dahulu, bagi kontinjen daripada Mafraq ingat janji kita untuk buat yang terbaik. Insyaallah. ALLAHUAKBAR!!!

“MAFRAQ BUKAN SEBARANG MAFRAQ”

MOHD FIKRI B MUHAMED KHUSAINY

Ketua Kontijen Mafraq KARISMA 2009

No comments:

Post a Comment