Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Monday 27 April 2009

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN KUMPULAN KONTIJEN BAGI SETIAP MANTIQAH

Berikut adalah butiran lanjut butiran lanjut:

1. Setiap mantiqah diwajibkan menyediakan 30 orang ahli kontijen yang terdiri daripada:
a. Ketua Kontigen
b. Timbalan Ketua Kontijen
c. 14 orang peserta Syabab
d. 14 orang peserta Akhawat
• Penyertaan ahli kontigen adalah terbuka kepada atlit mantiqah masing-masing

2. Setiap kontijen diwajibkan menggunakan warna mantiqah masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia bagi melambangkan mantiqah masing masing

3. Persediaan seperti prop kontijen disediakan sendiri oleh pihak kontigen masing-masing

4. Pihak urusetia hanya menyediakan peralatan utama untuk setiap kontijen seperti:
a. Bendera/panji-panji
b. Sepanduk

5. Perarakan kontijen akan dinilai di kedua-dua majlis perasmian Pembukaan & majlis perasmain Penutup dan kontijen terbaik akan dinobatkan sebagai “Kumpulan Terbaik” yang akan diumumkan semasa majlis perasmian penutup. Keputusan adalah muktamad

6. Kriteria penilaian adalah seperti berikut
a. Kekemasan
b. Pengaplikasian warna yang baik
c. Kerjasama
d. Persembahan

7. Susun atur pergerakan kontigen akan ditentukan oleh pihak urusetia dan akan dimaklumkan melalui taklimat ringkas kepada semua ketua dan timbalan kontijen

8. Pastikan semua ahli kontigen mengikuti peraturan yang telah ditetapkan seperti ketapatan masa, tempat berkumpul dan kaedah pergerakan

9. Sila patuhi semua protokol majlis bagi melancarkan perjalanan majlis

10. Sebarang kemusykilan, pertanyaan dan sebagainya bolehlah terus merujuk kepada Sdr. Mohd Ikhwan Bin Zolkapli (0779072713) - Ketua Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan & Penutup Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia SeJordan Kali Ke-02 (KARISMA 09)

* Disediakan Oleh: Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan & Penutup KARISMA 09

No comments:

Post a Comment