Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Friday, 10 April 2009

Ucapan Ketua Kontijen Irbid


Bismillahirrahmanirrahim..

Irbid (PERMAI) pada komposisi melebihi 500 orang ahli, tidak dapat dinafikan sebagai antara suara dan kuasa terbesar sekalangan masyarakat pelajar Malaysia di bumi barakah Jordan ini. Ya, memang benar kekuatan sesebuah negara tidak hanya dinilai dari bilangan rakyatnya, keutuhan sesuatu batalion tentera bukan berpaksi pada kuantiti semata-mata. Bak kata orang, “Nombor bukanlah penentu”. Namun, berbeza dengan perumpamaan “Ibarat buih-buih di lautan”, kami tampil dengan kualiti-kualiti yang tersendiri, mampu membuka mata dunia sama ada di bidang akademik, sahsiah, ukhwah malahan dalam arena sukan. Kian hari, kami sentiasa memperbaiki prestasi kami demi mencapai semaksima mungkin segala potensi yang ada.

Selaku penganjur sulung KARISMA, kami memang tidak dapat lari daripada membanding-banding, membeza-bezakan dengan penganjuran lalu. Tetapi persoalannya, siapa yang sempurna? Kita tidak akan dapat melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri selagi mana kita tidak digalaskan bebanan, memikul amanah melaksanakan sesuatu cabaran. Jadikan KARISMA ‘09 ini sebagai medan menguji keupayaan dan kredibiliti para mahasiswa di mantiqah Mu’tah dalam menjayakan program-program mega. Berikan mereka peluang dan sokongan, bukannya membidas setiap patah bicara. Memang diakui, ketiadaan acara-acara olahraga dan ilmiah sedikit sebanyak mencetuskan kontroversi. Tetapi, adalah dikira zalim bagi kita untuk mempertikai, meneliti satu demi satu kelemahan yang ada, pada masa yang sama kita menoleh memalingkan muka dari mengakui apatah lagi menghargai kelebihan yang tersedia. Kritik tidak bermaksud menghina, tetapi tanda prihatin demi kebaikan bersama.

“Saya Datang Kerana Ukhwah”. Walaupun tidak sepuitis irama-irama pujangga, namun ia tetap memberi makna serta hikmah yang tiada ternilai. Kita hadir bukan hanya untuk ‘glamor’, bukan sekadar untuk mempertahankan kejuaraan, tetapi yang paling penting adalah muamalah kita sesama mahasiswa. Nama-nama gah pasukan adalah sekadar di atas kertas, namun hakikatnya kita semua tiada berbeza. Setiap mahasiswa Malaysia di Jordan ini mempunyai potensi masing-masing, hanya iltizam untuk menyerlahkannya yang bertahap. Realisasikan KARISMA ’09 sebagai lapangan untuk menjalinkan dan mengeratkan lagi ukhwah antara kita. Semoga mencapai yang terbaik. Wallahu a’lam.


“KAMI DATANG BUKAN SEKADAR TETAMU”


MOHD KHAIRUL JAFNI BIN JAMALUDIN

Ketua Kontinjen Irbid KARISMA2009


No comments:

Post a Comment