Adalah dengan ini, dimaklumkan bahawa antara keputusan2 mesyuarat kali ke-6 yang telah diputuskan adalah seperti berikut :
- Olahraga pada tahun ini tidak akan diadakan.
- Setiap mantiqah perlu menghantar maksimum 2 pasukan bola tampar syabab dan akhawat.
- Format bagi sukan badminton adalah mengikut format Piala Thomas iaitu secara liga.
- Majlis perasmian ringkas akan diadakan pada pagi Jumaat KARISMA.
- Tarikh tutup menghantar borang penyertaan adalah 11.4.09 bersamaan hari Sabtu. Penghantaran pada hari berikutnya, adalah ditolak. Borang penyertaan terdapat diruangan Jom Download KARISMA 2009.
- Pengadil bagi perlawanan bola sepak Piala Duta diadili oleh pelajar Thailand disini (Mu'tah).
- Setiap sukan akan ditempatkan 2 orang urusetia yang tidak terlibat dengan mana2 perlawanan.
- Ketua Kontijen untuk setiap mantiqah hendaklah diberitahu awal kepada AJK Protokol dan Kehakiman selewat-lewatnya pada 8.4.09 bersamaan hari Rabu.
- Tuan rumah tidak akan menyediakan peralatan sukan pada hari perlawanan dijalankan. Peralatan sukan hendaklah dibawa sendiri. Pinjaman boleh dilakukan atas dasar budi bicara.
- Setiap peserta KARISMA akan menerima sijil penyertaan setelah pada majlis penutup diadakan.
- Tiada penempatan berunsurkan khemah atau sewaktu dengannya. Penempatan peserta adalah dirumah pelajar2 Mu'tah.
* Keputusan mesyuarat adalah muktamad. Harap setiap pihak terutamanya PZ dapat mengikuti perkembangan terbaru KARISMA 2009 ini. Segala maklumat terkini akan menyusul kemudian.
Friday, 3 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
peralatan sukan pe yg x disediakan oleh pihak penganjur KARISMA kali ni tu??
ReplyDeleteboleh nyatakan lebih terperinci x?
ok.. contohnya, cam sukan ping pong, pihak penganjur hanya menyediakan bola ping pong shj, manakala "bat" ping pong disediakan peserta sendiri, cam tu gak badminton, hanya shuttle disediakan, tetapi "racket" disediakan pemain sendiri.. tq..
ReplyDelete