Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Sunday 29 March 2009

Ukhwah @ KARISMA 2009

Jika disingkap semula sejarah pembentukan kota ulung Madinah Al-Munawara suatu ketika dahulu, kita pastinya masih ingat asas-asas yang diletakkan oleh Rasulullah SAW bagi memastikan daulah Islamiah tersebut dapat tertegak.


Menurut Fiqh Sirah karangan Syed Ramadan Al-Buti, 3 asas yang penting adalah pembinaan masjid, persaudaraan sesama Muslimin dan juga Piagam Madinah yang turut menyentuh tentang hubungan dengan bukan islam.


Justeru, persaudaraan dilihat oleh Rasulullah SAW sebagai perkara yang penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Dengan wujudnya persaudaraan itu, dakwah dapat digerakkan, pembangunan dapat dijalankan, seterusnya membentuk satu sisstem pemerintahan dan masyarakat yang berpaksikan Islam.


Apabila kita membicarakan tentang ‘ukhwah’ atau persaudaraan, kadangkala kita memandang ringan perkara tersebut. Pada kita, ia mudah. Bahkan terlalu mudah, sehingga kita terlupa dan terlepas pandang.


Saya datang kerana ukhwah.

MPPM melihat penganjuran KARISMA pada tahun ini boleh dikatakan sebagai medan menjalin ukhwah di mana ia akan menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa seJordan yang selama ini jarang sekali dapat bertemu kerana masing-masing tenggelam dalam kesibukan menelaah buku dan dunia sendiri. Program tahunan ini juga diharapkan agar menjadi usaha positif untuk meneutralkan kekeruhan ‘persaudaraan’ jika wujud sebelum ini.


Cuba berfikir positif.

Jika kita melihat, pernah ada kekurangan pada program anjuran yang lalu, justeru, sebagai mahasiswa intelek dan matang, tanggungjawab kita semualah untuk bekerjasama sebolehnya membaiki kekurangan tersebut kerana semuanya sudah tentu mengimpikan hasil yang terbaik untuk setiap peluh yang menitik dan usaha yang dijalankan. Jika ada pihak yang ingin berusaha menutup lubang itu, jangan pula kita yang menjadi dalang menghulurkan cangkul untuk menggalinya semula. Kemudian bertepuk tangan melihat ramai terperosok kakinya ke dalam lubang itu, ketawa melihat pihak yang cuba menutup lubang itu menemui usaha kegagalan.

Perumpamaan ini, saya kira mudah untuk dianalogikan. KARISMA kali ini tentunya akan diukur kejayaannya dari hasil ‘ukhwah’ yang akan ditautkan kerana temanya sendiri yang berbunyi, “SAYA DATANG KERANA UKHWAH”.


Kerja ‘membina ukhwah’ bukan kerja individu. Ia bukan kerja perseorangan. Bahkan ia merupakan amal jamaie yang menjadi tanggungjawab semua. Jika kita tidak mampu untuk menjadi ‘tulang belakang’ gerak kerja program, kita pasti boleh menjadi tisu-tisu kecil yang turut berfungsi membantu dalam system tersebut.


KARISMA 2009 yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Mutah akan menjadi lapangan menguji kesabaran dan ketahanan kita dalam menghadapi ujian ber’ukhwah’. Sukan adakalanya boleh menyatukan, dan ia juga tidak mustahil menjadi sesuatu yang memecah-belahkan. Namun kita sebagai orang cerdik-pandai yang berada di menara gading, dikurniakan Allah SWT akal fikiran untuk berfikir, sukarkah untuk kita membuat pertimbangan dengan betul? Emosi atau akal fikiran yang dijadikan raja dalam diri?


Kata orang, ikut emosi, mati. Ikut akal, cekal.


Benar, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, tidak akan ada penciptaan atau hasil kerja manusia yang sempurna. Jika penganjuran dan layanan tuan rumah tidak sempurna jangan terlalu cepat mulut kita mengungkap sesuatu yang belum kita tahu sebab dan asbabnya berlaku. Jika dalam permainan, kita dikasari, jangan terlalu lancang mulut kita mengucap perkataan yang kesat. Inilah ujian ukhwah. Jika kita tewas, emosi akan beraja dalam diri, muncullah syaitan-syaitan durjana bertepuk tangan, menari-nari mengetawakan kita yang bodoh.


Jika sesama ahli mantiqah kita boleh berdamai, boleh tersenyum, jatuh berlanggar, tangan dihulur untuk menyambut, mengapa dengan ahli yang berlainan mantiqah, sukar benar ia diaplikasikan? Realitinya, ‘salam wajib’ yang dihulur sebelum dan selepas pertandingan ibarat hanya mencecah hujung jari ke hujung jari saja. Jatuh terlanggar, dibalas dengan tengkingan, “Hoi, buta ke?!” Kesat benar dengarnya.


Itu bukan adab kita. Itu bukan adab muslim yang bermain dan berukhwah kerana Allah.

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Mana mungkin ‘marah kerana Allah’ dipamerkan dengan kata-kata kesat dan perbuatan yang hanya mengundang permusuhan.


Mungkin ramai yang lupa dengan hadis ini,

Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).


Salah faham berlaku jika dalam diri kita sememangnya mempunyai persepsi negatif dengan orang lain. Salah satu sebabnya, kerana kita belum cukup kenal dengan sahabat tersebut.

Cubalah, cubalah.


Hulurkan salam perkenalan mesra. Bukan setakat di gelanggang. Malah beri peluang ukhwah memekar di ruang realiti.


Biarlah kita berkenalan kerana Allah. Kerana kita yakin ukhwah Islamiyah adalah sunnah tinggalan Rasulullah. Melancarkan permusuhan, menyakiti saudara yang lain dengan mulut atau perbuatan, bermasam muka, menunjukkan kita seolah-olah mengabaikan sunnah Rasulullah dan meringankan suatu perkara yang pernah baginda sangat titik-beratkan satu ketika dahulu.

Ikatan yang ‘hebat’ ini tidak akan terjalin dengan tindakan satu pihak sahaja. Semua pihak perlu bertindak untuk merealisasikan tema KARISMA pada tahun ini, “SAYA DATANG KERANA UKHWAH”. Cuma satu harapan, biarlah dengan ukhwah yang kita jalinkan, Islam akan dipandang tinggi kerana kesatuan hati penganutnya ini.


“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal:63)


Coretan,

NUR FAEZZA MOHD MOHTAR

Timbalan Presiden 2,

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM)

Wednesday 25 March 2009

Ada Apa Pada Rekod Lepas 2

KARISMA 2008 | Irbid Jordan.. | Rekod Akhawat

ACARA

JUARA

NAIB JUARA

KE- 3

SUKAN UTAMA

Bola Jaring

Mu’tah

Irbid

Irbid

Bola Tampar

Mu’tah

Mu’tah

Irbid

Badminton (perseorangan)

Irbid

Irbid

Mu’tah

Badminton (regu)

Mu’tah

Irbid

Irbid

Ping Pong (perseorangan)

Irbid

Irbid

Mafraq

Ping Pong (regu)

Irbid

Irbid

Irbid

Catur

Irbid

Irbid

Irbid

ACARA BALAPAN

100M

Mafraq

Mafraq

Irbid

200M

Irbid

Irbid

Mu’tah

400M

Mu’tah

Irbid

Irbid

1500M

Irbid

Irbid

Irbid

4x100M

Irbid

Mu’tah

Irbid

4x200M

Irbid

Mu’tah

Mafraq

4x400M

Irbid

Irbid

Mu’tah

Lompat Jauh

Irbid

Mu’tah

Irbid

Lompat Tinggi

Irbid

Mafraq

Irbid