Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Tuesday 24 March 2009

Laporan Kajian Kekuatan & Kelemahan Mantiqah Mu’tah Sebagai Penganjur

Unit Kajian : Ketua : Abdul Hayyee Bin Hasaballah

: Muhammad Shahrul Ifwat Bin Ishak.

: Mohd Fakhrudin Bin Yusof

: Ahmad Fatin Bin Mohammad Suhaimi.

: Mohd Arif Bin Arippin.

: Zawani Binti Mohd Fazi.

: Siti Aisyah Binti Abdul Aziz.


Gerak Kerja : 1 Januari – 30 Febuari 2009


Masalah Utama :


  1. Tidak mendapat banyak maklumat berkenaan muhasabah KARISMA sesi lepas.
  2. Tempoh penganjuran yang pendek ( 2hari ) walaupun pihak penganjur menjangkakan 3 hari kerana cuti 1Mei akan dianjakkan ke hari ahad, namun pihak MSD menasihatkan agar diadakan 2 hari sahaja.
  3. Masalah kewangan. Maklumat daripada MSD bahawa peruntukan persatuan telah dikurangkan oleh pihak kementerian.
  4. Masalah venue yang berselerak.
  5. Penginapan peserta yang bakal menerima 300 orang ( sama dengan rekod lepas )


Penyelesaian :


  1. Mengkaji kertas kerja lepas dan menemubual bekas-bekas AJK KARISMA lepas.
  2. Menghadkan acara kepada sukan kerana acara kebudayaan diambil alih oleh Malaysian Day dan acara akademik dibawah seliaan Biro Pembangunan Minda dan Akademik.
  3. Menaikkan yuran dan cuba menghantar proposal KARISMA kepada pihak luar.
  4. Walaupun venue yang berselerak, pihak kami mendapat kelebihan:-
    1. Stadium bola sepak di Kompleks Sukan Amer Faisal
    2. Padang bola sepak Muaskar Hussien
    3. Dewan Tertutup Kompleks Amer Faisal
    4. Dewan Kuliyyah Askari, Universiti Mu’tah.
    5. Dewan Kuliyyah Sains Sukan, Universiti Mu’tah.

  1. Bagi penginapan peserta Mu’tah mempunyai :-
    1. Rumah Syabab : 16
    2. Rumah Akhowat : 21
    3. Rumah Mutazawwij : 4
    4. Sakan Universiti Mu’tah
    5. Asrama Kompleks Amer Faisal.

Namun pengarah lebih mengharapkan agar semua mahasiswa berkampung di rumah pelajar agar tautan ukhuwah lebih terjalin.


Konsep Tuan Rumah :


  1. Pembidaan tidak dilakukan oleh pihak PERMATA kerana kejohanan sukan mengikut giliran kebiasaan MPPM ( 2008 di Irbid, 2007 di Mafraq, 2006 di Mu’tah )
  2. Pihak penganjur juga mengakui Mu’tah bukanlah sebuah Bandar sukan moden untuk menyediakan sebuah karnival sukan yang berprestij tinggi.
  3. Oleh yang demikian konsep hari keluarga diperkenalkan selain daripada persaingan merebut kejuaraan.
  4. Pihak penganjur dan MPPM mengharapkan agar ikatan antara mahasiswa lebih rapat lagi dengan berhimpunnya mahasiswa seluruh mantiqah di bumi Mu’tah ini terutama mahasiswa tahun 1 apabila Minggu Haluan Siswa tidak dilaksanakan secara berpusat.
  5. Oleh yang demikian, tema “ Saya Datang Kerana Ukhuwah “ telah dipilih untuk karnival kali ini.


Kajian Tentatif :


  1. Penganjuran selama 2 hari, jawatankuasa hanya mempunyai 10 jam untuk hari pertama ( Pukul 8 pagi hingga 6 Petang ) dan 5 jam untuk hari kedua. Ini tidak termasuk perjalanan ke setiap venue yang mengambil masa 15 minit.
  2. Pihak penganjur juga meneliti muhasabah daripada sesi lepas ketika pertandingan ada acara yang berlangsung serentak menyebabkan sambutan yang kurang bagi sesuatu acara ( Bola Tampar & Bola Sepak ).
  3. Kejohanan Bola Sepak mengambil masa 17 jam 30 minit ( 16 perlawanan, setiap perlawanan saringan 1 jam manakala separuh akhir dan akhir 90 minit ). Namun dengan kelebihan 2 padang bola sepak pihak kami dapat menjimatkan 9 jam 30 minit.
  4. Kompleks Amer Faisal juga hanya mempunyai 4 trek laluan olahraga, sekiranya diadakan pihak penganjur terpaksa mengambil masa untuk kejohanan bola sepak kerana tidak boleh diadakan serentak. Olahraga juga memerlukan peringkat saringan.

Hari

Masa

Aktiviti

Lelaki

Perempuan

Khamis

Malam

Kehadiran peserta

Pembahagian Penginapan

Taklimat Program

Jumaat

Pagi

Bola sepak saringan

Bola Tampar

Ping pong

Badminton

Tengah hari

Rehat dan Makan Tengah hari

Petang

Bola Tampar

Ping pong

Badminton

Bola sepak saringan

Bola Jaring saringan

Malam

Rehat

Sabtu

Pagi

Bola sepak separuh akhir

Bola Sepak Akhir

Bola Sepak Mahabbah

Bola Jaring separuh akhir

Bola Jaring Akhir

Perlawanan Mahabbah

Tengah hari

Rehat untuk peserta sukan

Petang

Majlis Penutup


Sekian..

No comments:

Post a Comment