Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Thursday 19 March 2009

Perutusan Pengarah program

KARISMA : Saya Datang Kerana Ukhuwah

Alhamdulillah, Persidangan Tahunan Mahasiswa Se Jordan ( PERTAMA ) telah pun melabuhkan tirainya. Persidangan tersebut telah berlangsung dengan jaya bertepatan dengan misi antarabangsa MPPM. Mahasiswa Jordan kini mula dikunjungi oleh tetamu luar. Wakil-wakil MPP yang hadir juga tidak mengecewakan peserta. Tahniah pihak penganjur.


PERTAMA telah pun berlalu, kini saya menjangkakan sudah tentu mahasiswa ternanti-nanti akan berlangsungnya KARISMA, salah satu program pelengkap MPPM setiap tahun yang pastinya akan dijadikan medan untuk mempamerkan bakat masing-masing.


Setelah diputuskan oleh Majlis Tertinggi MPPM bahawa mantiqah Mutah bakal menjadi tuan rumah acara berprestij tahunan itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Bermula daripada kajian kekuatan & kelemahan tuan rumah sebagai penganjur, jawatankuasa ini telah pun bergerak 4 bulan yang lalu dan telah pun membentangkan laporannya kepada pengarah MSD.


Kertas kerja juga turut dibentangkan dihadapan T.Y.T. Duta Malaysia ke Amman, Datuk Abdul Malek yang turut dihadiri oleh pegawai kedutaan, MSD dan AMT MPPM sendiri. Jawatankuasa dibentuk, gerak kerja terus berjalan. Tarikh yang dipilih iaitu pada 30 april, 1 & 2 Mei.


Sebelum ini, Mutah telah pun menganjurkan futsal piala Presiden PERMATA yang menerima kunjungan pasukan luar mantiqah. Apa yang menarik program selama 2 hari itu menampilkan dua semangat yang sentiasa positif iaitu semangat kesukanan dan semangat ukhuwah. Seperti kata salah seorang peserta, saya datang bukan hanya untuk menang namun untuk ukhuwah. Maka bertitik tolak daripada itu, pihak penganjur merasakan kata-kata tersebut seharusnya diterjemahkan dalam KARISMA kali ini.


Jika ditinjau, karnival yang bercirikan hari keluarga warga negara Malaysia Jordan ini adalah medan terbaik untuk merapatkan ukhuwah bukan sahaja dikalangan mahasiswa bahkan pegawai kedutaan dan MSD. Ini bertepatan dengan misi tersirat MPPM, misi ukhuwah se Jordan.


Maka, Pihak MPPM & jawatankuasa penganjur mengimpikan kehadiran Mahasiswa berlainan mantiqah, berhimpun di suatu tempat, berkenalan dan dalam masa yang sama menunjukkan semangat bersaing dan ukhuwah.


Ayuh ahli-ahli MPPMJ sekalian..


“Saya Datang Kerana Ukhuwah”


Muhammad Shahrul Ifwat Bin Ishak.

Pengarah Urusan KARISMA 2

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

Sesi 2008/2009

No comments:

Post a Comment