Ver. 3.06 | SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KARISMA 2009 | 30 APRIL - 2 MEI | "SAYA DATANG KERANA UKHWAH" | Pepatah Inggeris ada berkata - It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)
Selamat Tinggal KARISMA 2009... Next Countdown... KARISMA 2010..

Friday, 8 May 2009

Lensa KARISMA 2009

Nikmati gambar2 menarik sepanjang KARISMA hasil captured dr wartawan KARISMA yang bertugas... Gambar2 KARISMA boleh dilihat dilink ini :

wartawan :

kak yez

arulz

Monday, 4 May 2009

Medalist KARISMA 2009

Jumlah Pungutan Pingat KARISMA 2009

Jumlah

Gangsa

Perak

Emas

Mantiqah

12

4

3

5

Irbid

8

-

5

3

Mu'tah

4

4

-

-

Mafraq

-

-

-

-

Amman


Keputusan Penuh KARISMA 2009


Bola Sepak :

Emas – Mu'tah B

Perak – Irbid B

Gangsa – Irbid A


Bola Jaring :

Emas – Irbid B

Perak – Mu'tah B

Gangsa – Irbid A


Bola Tampar (L) :

Emas – Irbid A

Perak – Mu'tah B

Gangsa – Irbid B


Bola Tampar (P) :

Emas – Mu'tah B

Perak – Irbid B

Gangsa – Irbid A


Badminton (L) :

Emas – Mu'tah

Perak – Irbid

Gangsa – Mafraq


Badminton (P) :

Emas – Irbid

Perak – Mu'tah

Gangsa – Mafraq


Ping Pong (L) :

Emas – Irbid

Perak – Mu'tah

Gangsa – Mafraq


Ping Pong (P) :

Emas – Irbid

Perak – Mu'tah

Gangsa – Mafraq


Juara Keseluruhan : KONTIJEN IRBID!!!


Wednesday, 29 April 2009

SELAMAT DATANG!!!

Selamat Datang diucapkan buat kesemua kontijen yang bakal hadir pd esok hari.. Kami selaku tuan rumah mengalu2kan kehadiran anda.. "Saya Datang Kerana Uhkwah"...

Tuesday, 28 April 2009

Penaja Piala KARISMA 09

Bola Sepak Piala Duta
Sumbangan : Dato’ Abdul Malek Bin bin Abdul Aziz

Bola Jaring Piala PERWAKILAN
Sumbangan : PERWAKILAN

Bola Tampar Piala KENARI
Sumbangan : Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ)

Badminton Piala KM Sarawak
Sumbangan : Ikatan Anak Serawak Jordan (IAENERIS)

Ping Pong Piala Sri Tebrau
Sumbangan : Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ)

Majlis Penutup KARISMA
Sumbangan : Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)

Monday, 27 April 2009

Peta Venue2 KARISMA 09


Ini adalah peta secara kasar mengenai kedudukan venue2 perlawanan bagi KARISMA 09
Sila klik pada pic diatas utk skala yang lebih besar...
Dibawakan khas utk anda oleh Google Map..

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN KUMPULAN KONTIJEN BAGI SETIAP MANTIQAH

Berikut adalah butiran lanjut butiran lanjut:

1. Setiap mantiqah diwajibkan menyediakan 30 orang ahli kontijen yang terdiri daripada:
a. Ketua Kontigen
b. Timbalan Ketua Kontijen
c. 14 orang peserta Syabab
d. 14 orang peserta Akhawat
• Penyertaan ahli kontigen adalah terbuka kepada atlit mantiqah masing-masing

2. Setiap kontijen diwajibkan menggunakan warna mantiqah masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia bagi melambangkan mantiqah masing masing

3. Persediaan seperti prop kontijen disediakan sendiri oleh pihak kontigen masing-masing

4. Pihak urusetia hanya menyediakan peralatan utama untuk setiap kontijen seperti:
a. Bendera/panji-panji
b. Sepanduk

5. Perarakan kontijen akan dinilai di kedua-dua majlis perasmian Pembukaan & majlis perasmain Penutup dan kontijen terbaik akan dinobatkan sebagai “Kumpulan Terbaik” yang akan diumumkan semasa majlis perasmian penutup. Keputusan adalah muktamad

6. Kriteria penilaian adalah seperti berikut
a. Kekemasan
b. Pengaplikasian warna yang baik
c. Kerjasama
d. Persembahan

7. Susun atur pergerakan kontigen akan ditentukan oleh pihak urusetia dan akan dimaklumkan melalui taklimat ringkas kepada semua ketua dan timbalan kontijen

8. Pastikan semua ahli kontigen mengikuti peraturan yang telah ditetapkan seperti ketapatan masa, tempat berkumpul dan kaedah pergerakan

9. Sila patuhi semua protokol majlis bagi melancarkan perjalanan majlis

10. Sebarang kemusykilan, pertanyaan dan sebagainya bolehlah terus merujuk kepada Sdr. Mohd Ikhwan Bin Zolkapli (0779072713) - Ketua Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan & Penutup Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia SeJordan Kali Ke-02 (KARISMA 09)

* Disediakan Oleh: Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan & Penutup KARISMA 09

Tentatif Peserta KARISMA 09

Tentatif peserta karisma ( tidak termasuk tentative acara )

31 April 2009

6.00 malam : Ketibaan peserta luar dari mantiqah Irbid, Mafraq dan Amman. (peserta akan dibawa ketempat penginapan dan disertakan makan malam) .

8.00 malam : Perjumpaan serta taklimat ketua kontijen dan setiap ketua pasukan untuk pengundian bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan di Pusat Khidmat Mahasiswa (PUSkMA).

1 Mei

6.00 pagi : Peserta berkumpul di depan Masjid Syuhada’ untuk bertolak ke Universiti Mu’tah.

6.30 pagi : Sarapan pagi dan Majlis perasmian bermula di perkarangan Dewan Kuliyyah Sains Sukan.

8.15 pagi : Semua peserta bergerak ke tempat perlawanan masing-masing. Lelaki ke Kompleks Amer Faisal dan padang Muaskar. Perempuan di Dewan Kuliyyah Sains Sukan dan Dewan Askari Universiti Mutah (mengikut jadual perlawanan)

12.15 tengahari : Peserta bola sepak di Padang Muaskar akan bergerak ke Kompleks Amer faisal. Makan tengahari dan solat jumaat bagi Lelaki di sana.

2.00 petang : Sambungan acara sukan.

4.30 petang : Semua peserta bola sepak akan ke padang muaskar ( separuh akhir )

6.30 petang : Peserta pulang ke tempat penginapan.

9.00 malam : Program bersama Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi di PUSkMA.

2 Mei

7.00 pagi : Berkumpul di masjid Syuhada’ dan bertolak ke tempat perlawanan. Sarapan pagi.

10.00 pagi : Semua perlawanan tamat. Semua peserta akan berkumpul di Dewan Kuliyyah Sains Sukan untuk perlawanan mahabbah bersama Dato’ Duta serta pegawai

12.00 tengahari : Makan tengahari.

1.00 petang : Majlis penutup bermula di Dewan Kuliyyah Sains Sukan

3.30 petang : Peserta bersurai pulang.

*Segala permasalahan bolehlah menghubungi ketua kontinjen masing-masing.

*Pada 2 Mei, peserta luar dinasihatkan untuk terus berkemas dari pagi kerana selepas majlis penutup, peserta tidak akan kembali ke tempat penginapan.

Oleh : Mohd Syafiq bin Md Shafii, Setiausaha KARISMA 09.

Thursday, 23 April 2009

Kronologi KARISMA

2 Januari - Mesyuarat Majlis Tertinggi MPPM sempena jaulah MT di Mu’tah telah memutuskan beberapa perkara:-

1. PERTAMA diadakan di Irbid

2. KARISMA diadakan di Mu’tah

3. AGM diadakan di Mafraq

4. Malaysian Day diadakan di Amman.

5 Febuari - Mesyuarat khas BKKS diadakan untuk memilih pengarah dan telah memutuskan seperti berikut:-

1. Perlantikan pengarah dan perancangan kertas kerja.

2. Pembentukan unit kajian khas kekuatan & kelemahan penganjuran di Mu’tah.

20Febuari- Perjumpaan BKKS bersama pengarah MSD, Ust Sulaiman. Antara agendanya:-

1. Laporan kajian oleh unit khas yang diketuai oleh Abdul Hayyee bin Hasbullah.

2. Tarikh KARISMA diputuskan pada 1& 2 Mei

24 Febuari - Mesyuarat KARISMA kali pertama. Perlantikan jawatankuasa dan pembentangan kertas kerja cadangan.

2 Mac – Kunjungan kali pertama jawatankuasa ke Kompleks Sukan Amer Faisal.

4 Mac - KARISMA dibentangkan di mesyuarat Majlis Eksekutif MPPM.

5 Mac - KARISMA dibentangkan dihadapan Dato’ Duta Malaysia.

10 April- Mesyuarat kali kedua bersama Kedutaan dan MSD. Keputusan yang dicapai:-

1. Diadakan 2 bentuk program:-

a. Sukan- pelajar

b. Lawatan- pegawai.

2. Semua pegawai kedutaan dan MSD akan berada di Mu’tah pada 1 dan 2 Mei nanti

3. Kedutaan ASEAN akan turut serta bersama kejohanan ini.

12 April - Penyerahan borang peserta setiap mantiqah.

16 April – Lawatan Atase Pendidikan, Ustaz Arman ke Mu’tah bagi meninjau venue-venue KARISMA dan tempat-tempat ziarah kedutaan.

Sunday, 19 April 2009

Tentatif dan Jadual Perlawanan KARISMA09

Pertama2nya, kami dr KARISMA Crews ingin memohon maaf atas kelewatan tentatif yang terpaksa dirombak beberapa kali bagi memenuhi citarasa semua pihak. Ini mungkin tentatif terbaik yang akan kami cuba laksanakan pada KARISMA09 nanti.. Juga terdapat jadual perlawanan bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Jadual ini dikeluarkan awal bagi mendapat gambaran awal perjalanan perlawanan dan undian khususnya.. Undian akan dilakukan pada malam 30.4.2009 bersamaan hari Khamis. Harap maklum.

Sila Download
Tentatif Dan Jadual Perlawanan KARISMA09

*Ralat pada 2 Mei bertolak ke majlis penutup KARISMA09 - bukan 11.00 pm, tetapi 11.00 am...
Harap maaf.

Saturday, 18 April 2009

Persediaan Sebelum KARISMA

Kisah 1 - Bulu Tangkis oh Shuttlecock

erm.. Setelah pusing punya pusing sekitar ibu kota Jordan ni, akhirnya KARISMA crews yang diketuai oleh saudara tuuuuuut (dirahsiakan demi menjaga air muka) hehe berjaya juga menemui shutlecock yg bleh dikatakan berkualiti utk dijadikan senjata dalam perlawanan Badminton tak lama lg.. Berjenama ASHAWAY.. Utk makluman juga, shuttlecock ini adalah plastik, dan telah diuji oleh pemain2 badminton terpilih.. dan mereka berkata, "erm.. boleh tahan", "eh, plastik ni lg tahan dr pakai yg bulunya", "kualiti cun, lebih baik dr KARISMA tahun lps"... ni respons yg kami terima.. so, secara rasminya, kami dr KARISMA crews bersetuju utk menjadikan shuttlecock ASHAWAY ini sebagai Bulu Tangkis KARISMA kali ini.. Jadi, bersedialah utk menghadapi cabaran Badminton format Piala Thomas yang akan berlangsung tak lama lagi.. Ayuh buktikan kemampuan anda!!!

ASHAWAY... setabung berharga berapa ye? jom teka.. haha

Lokasi penggambaran shuttle ni kat rumah MOD.. ngeh3

* nantikan kisah2 menarik khususnya persediaan dari KARISMA crews dalam post akan datang.. stay tuned k!!

Monday, 13 April 2009

Gambaran Awal Penyertaan Semua Kontijen

Dimaklumkan bahawa ini adalah senarai pasukan dari semua kontijen yang telah berdaftar dibawah AJK Protokol dan Kehakiman :

Sukan : Bola Sepak

Mu'tah A
Mu'tah B
Irbid A
Irbid B
Mafraq A
Mafraq B
Amman A
Amman B

Sukan : Bola Jaring

Mu'tah A
Mu'tah B
Irbid A
Irbid B
Mafraq A
Mafraq B

Sukan : Bola Tampar (L)

Mu'tah A
Mu'tah B
Irbid A
Irbid B
Mafraq A
Amman A

Sukan : Bola Tampar (P)

Mu'tah A
Mu'tah B
Irbid A
Irbid B
Mafraq A
Mafraq B

Sukan : Badminton (L)

Mu'tah
Irbid
Mafraq
Amman

Sukan : Badminton (P)

Mu'tah
Irbid
Mafraq

Sukan : Ping Pong (L)

Mu'tah
Irbid
Mafraq

Sukan : Ping Pong (P)

Mu'tah
Irbid
Mafraq

* Ini adalah gambaran awal bagi semua kontijen agar persediaan rapi dapat dibuat sebelum KARISMA bermula.. Pendaftaran pasukan telah ditutup, hanya pertukaran pemain dibenarkan sehingga 18/4/2009.. Sebarang pembetulan boleh dimaklumkan pd MOD.. Harap maklum..

Sunday, 12 April 2009

Poster Rasmi KARISMA 2009


Poster Rasmi ini boleh lah dipamerkan dimana sahaja sebagai langkah promosi dari team KARISMA 2009... Ayuh kita jayakan bersama.. "Saya Datang Kerana Ukhwah"

p/s - klik pada pic diatas utk mendapat saiz poster yang besar.. Juga boleh didownload diruagan Jom Download KARISMA 2009..

Saturday, 11 April 2009

Senarai Penuh Ketua Kontijen dan Penolong Setiap Mantiqah

Dimaklumkan senarai ketua dan penolong bg kontijen setiap mantiqah :

Amman : Ketua Kontijen - Nuh Bin Hazih
Pen. Ketua - Nazirah Bt. Abd. Rahman
Slogan - Kuning… “Gaya, Mutu, Keunggulan”

Irbid : Ketua Kontijen - Khairul Jafni Bin Jamaluddin
Pen. Ketua - Sumaiyah Bt. Ismail
Slogan - “KAMI DATANG BUKAN SEKADAR TETAMU”

Mafraq : Ketua Kontijen - Mohd Fikry Bin Khusainy
Pen. Ketua - Azura Bt. Bujang
Slogan - “MAFRAQ BUKAN SEBARANG MAFRAQ”

Mu'tah : Ketua Kontijen - Nik Mohd Farid Bin Mohd Nasir
Pen. Ketua - Siti Zulaikha Bt. Mohd. Nor Hadi
Slogan - “Ukhuwah No 1, Sukan Bukan No 2”

Kami dari AJK KARISMA ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada perlantikan anda selaku Ketua dan Penolong bagi kontijen anda... Jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin bersama kami.. InsyaAllah kita akan bekerja bersama "Saya Datang Kerana Ukhwah"...

Ucapan Ketua Kontijen Mu'tah

“Ukhuwah No 1,Sukan Bukan No 2”itulah slogan keramat dari seluruh warga Mutah,”Selamat Datang…….”.Besar tapak tangan nyiru kami tadahkan begitu besar harapan kami untuk menerima kalian sebagai tetamu yang sangat kami hormati.Tidak menjadi tanda tanya lagi,mantiqah manakah yang menjadi tuan rumah karisma 2009.Kami tidak nafikan bahawa setelah mengetahui Mutah lah tempatnya ada suara-suara sumbang yang mengatakan “eh…cukup ke penempatan?””boleh ke budak mutah handle karisma?”dan berbagai lagi persoalan yang berlegar-legar di kotak pemikiran mahasiswa Malaysia sejordan.Namun begitu kami tidak pernah menyalahkan suara-suara sumbang tersebut bahkan kami menganggap itu adalah suara-suara yang member I respon positif dan keprihatinan mereka terhadap penganjuran karisma kali ini.Bagi kami dimana karisma itu berlangsung? dan apakah acara didalam karisma ?itu tidak penting selaras dengan tuntutan syarak dengan sepotong ayat suci انما المؤمنون إخوة”,Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara..Berdasarkan firman Allah S.W.T tersebut ,dimanakah kita yang mengaku diri beriman kepada Allah tetapi kita masih lagi meremehkan permasaalahan ukhuwah diantara kita mahasiswa Malaysia Jordan.Dengan itu kami kira karisma kali ini bukanlah sekadar pertempuran digelanggang sukan,Tapi kami sedaya upaya akan memulihkan serta mengharmonikan ukhuwah antara kita…………..”Saya Datang Kerana Ukhuwah”

Buat kontinjen Mutah yang disayangi “Ukhuwah No 1 Sukan Bukan No 2”buat kali kedua saya mengulangi slogan yang penuh isi tersirat dan tersurat didalamnya.Sebagai amanat ,meskipun kita mempunyai berbagai kekurangan,namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita mengabaikan peranan kita sebagai tuan rumah.Besar pengharapan saya agar seluruh warga Mutah berusaha untuk memberi layanan sesempurna mungkin kepada tetamu kita yang bakal bermaustautin di Mutah ini selama 3hari 2malam dikarisma 09 nanti.saya juga menyeru supaya kalian mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk merapatkan semula jurang yang sebelum ini menghambarkan ukhuwah kita sesame mahasiswa Malaysia sejorda n.Percayalah wahai warga Mutah kita pasti akan merasakan titk ketenangan itu diakhir-akhir pengorbanan yang telah kita lakukan setelah bentuk ukhuwah yang kita impikan terbentuk secara harmoni.selesai saya bicara soal ukhuwah.Setelah saya meletakkan kayu ukur ukhuwah no 1,namun saya tidak mengatakan perlawanan itu no 2….faham-faham lah yer..Sebagai mahasiswa yang berkarisma sudah semestinya mempunyai mempunyai semangat juang yang berjiwa muda serta berkeinginan untuk menang…….Piala Duta,Piala Perwakilan dab Piala-piala utama yang lain bukanlah matlamat utama kita.Yangpenting cara penyatuan tenaga sesame pemain ataupun persembahan kita kepada pihak lawan.Walaupun begitu saya meletakkan pengharapan yang tinggi kepada kontinjen Mutah agar bersedia dengan kadar maksima untuk perlawanan karisma 09 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Ukhuwah No 1, Sukan Bukan No 2”

Nik Mohd Farid Bin Mohd Nasir

Ketua Kontijen Mu'tah KARISMA 2009